Satu perkara yang menjadi kewajipan pemain bola sepak ialah memiliki kasut bola. Ya kasut bola. Biasanya, perkara utama yang menjadi kebiasaan ialah mencari jenama kegemaran dan keadaan kasut tersebut samada cantik atau tidak. Malah, anda juga suka jika warna kasut tersebut menjadi perhatian ramai. Tetapi, tahukah anda bahawa kasut bola mempunyai keistimewaannya tersendiri, tahukah anda bahawa keadaan padang bola sepak memainkan peranan yang penting dalam menentukan jenis kasut bola yang sesuai. Banyak persoalan yang perlu anda ketahui dalam menentukan kasut bola manakah yang sesuai untuk diri anda sendiri semasa bermain bola sepak. Di bawah merupakan cara-cara untuk memilih kasut bola yang sesuai untuk anda. Anda memerlukan tiga syarat penting dalam memilih dan seterusnya memiliki kasut bola. 1. Permukaan padang 2. Posisi dan kemahiran individu 3. Kemampuan Permukaan padang Pertama sekali ialah dengan menentukan jenis permukaan