Posts

Showing posts from April 5, 2019

Idola

Image
  Nama Sebenar                       : Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro Panggilan Popular               : CR7 Tarikh Lahir                        : 05 Februari 1985 Tempat Lahir                       : Funchal, Madeira, Portugal Zodiac                                    : Aquarius Tinggi                                    : 1.86m Warganegara                       : Portugal Posisi                                     : Sayap kanan, Penyerang Nombor Jersey                     : 7 Cristiano Ronaldo , 32 , pemain yang berasal daripada Portugal telah mencatatkan jaringan  gol terbanyak sepanjang musim kempen Champions League 2017/2018 dan juga telah memenangi piala Champions League pada tahun itu untuk kelab lamanya Real Madrid CF melakukan pemindahan ke kelab Itali iaitu Juventus. Walaupun umurnya diperingkat pengakhiran pemain namun staminanya tidak langsung menjejaskan pemain itu berada di  puncak terhebat antara para pemain terbaik dunia. Ro

Kejohanan Antarabangsa

Image
Kejohanan Antarabangsa Pertandingan antarabangsa terbesar dalam arena bola sepak ialah Piala Dunia FIFA yang dianjurkan oleh FIFA. Seperti yang diketahui, Piala Dunia FIFA diadakan sekali setiap empat tahun dan bermula di Uruguay pada tahun 1930. Lebih daripada 200 negara berlumba-lumba di peringkat kelayakan mengikut zon sebelum dapat melayakkan diri ke peringkat akhir. Perlawanan peringkat akhir ini biasanya berlangsung selama empat Ahad dan kini melibatkan 32 pasukan (naik dari 24 pada tahun 1998). Brazil telah muncul sebagai pasukan yang paling berjaya dalam Piala Dunia FIFA dengan muncul sebagai juara sebanyak 5 kali, dengan kemenenangan terkemudian dalam tahun 2002. Pertandingan antarabangsa tertua dalam arena bola sepak ialah Copa América yang dianjurkan oleh CONCACAF. Seperti yang diketahui, Copa América diadakan sekali setiap dua tahun dan bermula di Argentina pada 1916. ==Bola sepak di Malaysia== Rencana utama: Bola sepak di Malaysia Sejarah bola sepak di Malay

Cara Permainan Sukan Bola Sepak

Bola sepak ialah sejenis permainan yang dimainkan antara dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain yang masing-masing cuba memenangi perlawanan dengan menjaringkan lebih gol daripada pasukan lawannya. Satu gol ialah hasil hantaran  bola  yang merentasi garisan gol yang terletak di antara tiang gol dan palang gol. Bola sepak dimainkan dengan menggunakan kedua-dua belah kaki, tetapi para pemain dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya kecuali tangan. Penjaga gol yang bertugas mengelakkan bola daripada merentasi garisan gol pula dibenarkan menggunakan tangannya untuk menangkap bola di dalam kawasan penalti. Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol memenangi sesebuah perlawanan. Namun, kalau kedua-dua menjaringkan jumlah gol yang sama, perlawanan itu dianggap seri. Dalam pertandingan kalah mati, bagi menentukan pemenang, masa 30 minit (masa tambahan) akan ditambah jika kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama dalam 90 minit yang asal. Pasukan yang menjaringkan g

Peraturan & Formasi Bola Sepak

Image
Peraturan perlawanan tidak mengkhususkan kedudukan pemain-pemain selain pejaga gol. Bagaimanapun, semasa perubahan kemajuan perlawanan sukan ini, sebilangan pemain yang tertentu telah berubah. Mereka termasuklah: ·          pertahanan   - pemain yang pakar dalam mencegah jaringan gol musuh. ·     pemain tengah   - pemain yang melakukan serangan dan memberikan lorongan bola kepada penyerang, tetapi juga menolong pertahanan dengan mengganggu serangan pasukan lawan pada peringkat awal. ·          penyerang   - pemain-pemain yang berperanan menjaringkan gol. Kedudukan-kedudukan ini selanjutnya dibezakan oleh bahagian mana pemain banyak menghabiskan masa. Sebagai contoh, terdapat pertahanan tengah dan pemain tengah kiri. Para pemain mungkin menghabiskan kebanyakan masa dalam perlawanan dalam bahagian tertentu di padang; bagaimanapun, mereka tidak dikekang oleh peraturan sukan dan boleh berubah kedudukan pada bila-bila masa. Cara permainan ini juga boleh diguna pakai

Latar Belakang Sukan Bola Sepak

Bola sepak diminati oleh semua golongan, dari semua peringkat umur. Disana sini orang bermain bola sepak. Sebenarnya tiada bukti  kukuh  yang menyatakan dari manakah bola sepak berasal. Ini kerana tiada satu pun catatan sejarah yang menyatakan tentang permulaan bola sepak. Terdapat empat negara yang masing-masing mengakui sebagai tempat bermulanya bola sepak. Negara itu ialah Rom Kuno, China, Greece dan Jepun.  Adalah dipercayai perlawanan bola sepak yang pertama ialah di antara China dan Jepun. Catatan ini terdapat di sebuah muzium di Munich yang ditulis oleh Li Ju. Beliau mencatatkan perlawanan itu berlangsung sekitar tahun 1000 sebelum masihi. Orang-orang Jepun dikatakan telah bermain bola sepak pada abad pertama iaitu di Kyoto. Orang-orang Rom dan Greek Kuno pula mengakui bahawa mereka telah bermain bola sepak sekitar tahun 500 sebelum masihi. Selain dari catatan sejarah permulaannya, tidak ada pula catatan tentang bagaimana ia dimainkan.         Menjelang selepas masihi Mex