Kemahiran Asas Dalam Sukan Bola Sepak
Kemahiran yang perlu dikuasai dalam
permainan bola sepak termasuklah :
- Menendang
- Tendangan leret
-
Tendangan lambung
- Tendangan voli
2. Menyerkap
- Menyerkap bola leret
- Menyerkap bola tinggi
3. Menggelecek
4. Melakukan hantaran
- Hantaran ke hadapan
- Hantaran ke sisi
- Hantaran silang
5. Menanduk
- Menanduk ke hadapan
- Menanduk ke sisi
6. Menjaga gol
- Menangkap bola leret
- Menangkap bola
tinggi
- Menumbuk bola
- Tendangan bola
1.1 MENENDANG
Tendangan yang baik dapat dihasilkan
dengan menggunakan teknik yang betul. Seseorang pemain juga dapat menendang
dengan baik sekiranya mempunyai kekuatan otot dan kuasa yang baik di bahagian
kaki. Menendang bertujuan untuk melakukan hantaran kepada rakan sepasukan,
melakukan tendangan sudut atau tendangan bebas, mengeluarkan bola dari kawasan
gol, menjaringkan gol dan melakukan sepakan penalti.
Pada asasnya, terdapat tiga jenis
tendangan iaitu tendangan leret, tendangan lambung dan tendangan voli.
Tendangan leret
Tendangan leret dilakukan apabila
membuat hantaran dekat dan menjaringkan gol.
Teknik melakukan tendangan leret :
- Kedudukan bersedia. Letakkan kaki
sokongan di sisi bola. Badan hampir lurus. Mata memandang bola.
- Ayunkan kaki menendang ke belakang.
Badan dibongkokkan sedikit ke hadapan. Kaki sokongan dibongkokkan sikit.
- Tendang di bahagian tengah
bola.
- Ikut lajak selepas melakukan tendangan.
Tendangan lambung dilakukan ketika
membuat hantaran jauh, tendangan bebas, tendangan sudut,
mengeluarkan bola dari kawasan gol dan semasa menjaringkan gol.
Teknik melakukan tendangan lambung :
- Kedudukan bersedia. Letakkan kaki
sokongan di belakang bola. Badan hampir lurus. Mata memandang bola.
- Ayunkan kaki menendang ke belakang.
Lutut kaki sokongan dibengkokkan sedikit.
- Tendang di bahagian
bawah bola. Badan condong ke belakang.
- Ikut lajak selepas melakukan tendangan.
· Tendangan voli
dilakukan untuk mengeluarkan bola dari kawasan gol dan untuk menjaringkan gol.
Tendangan voli dilakukan menggunakan bahagian kekura kaki semasa bola di udara
Teknik melakukan tendangan voli :
- Kedudukan bersedia. Berdiri menghadap bola.
- Ayunkan kaki menendang ke
belakang. Lutut kaki sokongan dibengkokkan sedikit. Mata memandang bola.
- Tendang di bahagian bawah bola
menggunakan kekura kaki. Badan condong ke belakang.
- Ikut lajak selepas melekukan tendangan.
1.2 MENYERKAP
Kebolehan menyerkap bola yang datang memudahkan seseorang pemain itu melakukan tindakan yang seterusnya dalam bola sepak. Pelbagai bahagian anggota badan , kecuali tangan boleh digunakan untuk menyerkap bola. Penggunaan bahagian anggota badan bergantung kepada keadaan bola yang datang, sama ada meleret atau tinggi.
Menyerkap Bola Leret
· Menyerkap bola leret boleh dilakukan
dengan menggunakan bahagian dalam kaki, bahagian luar kaki, kekura kaki dan
tapak kaki.
Teknik menyerkap bola leret :
- Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata
memandang bola.
- Apabila bola hampir, gerakkan kaki yang hendak
menyerkap ke hadapan.
- Sebaik sahaja bola menyentuh kaki, bawa kaki ke
belakang.
- Kaki menyentuh bahagian tengah bola. Kaki menyerkap dan badan condong ke arah bola datang
· Menyerkap bola tinggi boleh dilakukan
dengan menggunakan bahagian dalam kaki, paha dan dada.
Teknik menyerkap bola tinggi menggunakan bahagian dalam kaki :
- Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.
- Apabila bola hampir ke kaki, sesuaikan kedudukan supaya badan sentiasa menghadap bola.
- Sebaik sahaja bola hampir mencecah tanah, ayunkan kaki menyerkap ke sisi.
- Serkap bola sebaik sahaja bola mencecah tanah. Badan condong ke arah bola datang.
Teknik menyerkap bola tinggi menggunakan bahagian paha
:
- Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.
- Apabila bola hampir, gerakkan paha menyerkap ke hadapan dan ke atas dengan lutut bengkok. Badan dicondongkan ke belakang.
- Sebaik sahaja bola menyentuh paha, bawa paha ke bawah. Paha menyentuh bahagian bawah bola.
Teknik menyerkap bola tinggi menggunakan dada :
- Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.
- Apabila bola hampir ke dada, bawa dada ke hadapan dan ke atas sambil tangan dibuka di sisi badan. Berdiri di atas bebola kaki.
- Sebaik sahaja bola menyentuh dada, lentikkan badan ke belakang kemudian bawa badan ke hadapan.
Kemahiran ini melibatkan kebolehan
berlari sambil mengawal bola ke kiri, ke kanan, ke hadapan atau berpusing ke
belakang. Kebolehan melakukan kemahiran ini dengan baik sangat penting untuk
mengatasi pemain lawan. Menggelecek boleh dilakukan dengan sebelah kaki.
Biasanya, bahagian dalam dan bahagian luar kaki digunakn untuk menggelecek.
Teknik menggelecek menggunakan sebelah
kaki :
- Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Mata memandang bola.
- Dengan menggunakan bahagian dalam kaki kanan, gerakkan bola ke kiri.
- Badan condong ke kiri dan tangan dibuka di sisi dengan lutut kiri dibengkokkan sedikit.
- Tolak bola ke kanan menggunakan bahagian luar kaki yang sama dan badan condong ke kanan.
Kemahiran melakukan hantaran adalah
penting untuk memastikan bola sampai kepada rakan sepasukan dengan tepat.
Hantaran biasanya dilakukan dengan menggunakan kemahiran menendang. Tendangan
leret digunakan untuk membuat hantaran dekat, manakala tendangan lambung
digunakan untuk membuat hantaran jauh.
Seseorang
pemain boleh menggunakan hantaran dekat dan hantaran jauh semasa
melakukan hantaran ke pelbagai arah, seperti ke hadapan, ke sisi dan
menyilang, bergantung kepada situasi ketika bermain.
Hantaran ke hadapan
Hantaran ke hadapan
· Hantaran ini dilakukan dengan menendang
bola menggunakan bahagian dalam kaki atau kekura kaki.
Teknik melakukan hantaran ke hadapan :
- Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola.
- Mata memandang bola.
- Ayunkan kaki menendang ke belakang.
- Tendang di bahagian belakang bola.
- Ikut lajak selepas melakukan tendangan.
Hantaran ke sisi dilakukan dengan
menendang bola menggunakan bahagian luar kekura sama ada kaki kiri atau
kaki kanan, bergantung kepada kaki yang sedang digunakan untuk mengawal bola.
Teknik melakukan hantaran sisi :
- Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Mata memandang bola.Ayunkan kaki menendang ke belakang. Badan condong ke hadapan.
- Tendang di bahagian sisi bola.
- Ikut lajak selepas melakukan tendangan.
Hantaran ini dilakukan dengan menendang bola menggunakan bahagian dalam kekura kaki. Jika bola hendak dihantar menyilang dari kiri ke kanan, kaki kiri digunakan untuk menendang bola. Sebaliknya, jika bola hendak dihantar menyilang dari kanan ke kiri, kaki kanan digunakan untuk menendang bola.
Teknik
melakukan hantaran silang :
- Kedudukan bersedia. Berdiri di belakang bola. Mata memandang bola.
- Ayunkan kaki menendang ke sisi.
- Badan condong ke arah bola hendak dihantar.
- Tendang di bahagian sisi bola.
- Ikut lajak selepas melakukan tendangan.
1.5 MENANDUK
Kemahiran menanduk boleh digunakan untuk menjaringkan gol dan melakukan hantaran. Menanduk dilakukan dengan menggunakan bahagian dahi. Jenis tandukan yang biasa dilakukan semasa bermain ialah tandukan ke hadapan, tandukan ke belakang dan tandukan ke sisi.
Teknik menanduk ke hadapan :
- Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.
- Apabila bola hampir, lentikkan badan ke belakang dengan lutut dibengkokkan sedikit. Kedua-dua tangan dibuka di sisi.
- Bawa badan dan kepala ke hadapan dan tanduk bola menggunakan bahagian dahi. Dahi menyentuh bahagian bawah bola.
- Ikut lajak selepas melakukan tandukan
Teknik menanduk ke sisi :
- Kedudukan bersedia. Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.
- Apabila bola hamper tiba, kilaskan badan ke arah bertentangan dengan sasaran tandukan. Kedua-dua tangan dibuka di sisi.
- Kilaskan badan ke arah sasaran tandukan dan tanduk bola menggunakan dahi.
- Ikut lajak selepas melakukan tandukan.
Teknik menanduk ke belakang
- Kedudukan bersedia.
- Berdiri dengan kaki dibuka seluas bahu menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.
- Apabila bola hampir, lentikkan badan ke belakang sambil mendongakkan kepala ke atas, dan tanduk bola menggunakan bahagian dahi.
- Dahi menyentuh bahagian bawah bola.
Penjaga gol boleh menggunakan keseluruhan anggota badannya untuk menghalang
cubaan jaringan yang dibuat oleh pasukan lawan. Penjaga gol yang baik mestilah
menguasai kemahiran menangkap, menumbuk dan menendang. Selain menguasai
kemahiran tendangan leret dan tendangan lambung, penjaga gol juga perlu
menguasai kemahiran tendangan bola di udara dan tendangan lantun. Kedua-dua
jenis tendangan ini dilakukan dengan menggunakan bahagian kekura kaki
Teknik menangkap bola leret :
- Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang.
- Sebelah kaki di hadapan dan sebelah lagi di belakang. Mata memandang bola.
- Apabila bola hampir ke kaki, rendahkan badan dengan lutut kanan di atas tanah di belakng tumit kiri.
- Tangkap bola di hadapan badan dan bawa ke dada.
Teknik menangkap bola tinggi :
- Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.
- Apabila bola hampir, sebelah kaki melangkah ke hadapan sambil melompat.
- Luruskan tangan ke atas di hadapan kepala dengan ibu jari kedua-dua belah tangan hampir rapat.
- Tangkap bola setinggi yang boleh dicapai. Bawa bola ke dada.
Teknik menumbuk bola :
- Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola.
- Apabila bola hampir, lompat dengan kedua-dua belah kaki sambil menumbuk bola.
- Tangan menyentuh bahagian bawah bola.
Teknik tendangan bola di udara :
- Kedudukan bersedia. Berdiri dengan memegang bola menggunakan kedua-dua belah tangan.
- Kaki sokongan melangkah ke hadapan dan kaki menendang diayunkan ke belakang. Badan condong ke hadapan.
- Jatuhkan bola di hadapan badan dan tendang bola sebelum bola mencecah tanah.
- Ikut lajak selepas menendang.
- Mata memandang bola.
Teknik tendangan lantun :
- Kedudukan bersedia. Berdiri memegang bola menggunakan kedua-dua belah tangan. Mata memandang bola.
- Kaki sokongan melangkah ke hadapan dan kaki menendang diayunkan ke belakang. Badan condong ke hadapan.
- Jatuhkan bola di hadapan badan dan tending bola sebaik sahaja bola melantun dari tanah. Ikut lajak selepas menendang
Comments
Post a Comment