Peraturan & Formasi Bola Sepak
Peraturan perlawanan tidak mengkhususkan kedudukan pemain-pemain selain pejaga gol. Bagaimanapun, semasa perubahan kemajuan perlawanan sukan ini, sebilangan pemain yang tertentu telah berubah. Mereka termasuklah:
·
pertahanan - pemain yang
pakar dalam mencegah jaringan gol musuh.
· pemain tengah - pemain yang
melakukan serangan dan memberikan lorongan bola kepada penyerang, tetapi juga
menolong pertahanan dengan mengganggu serangan pasukan lawan pada peringkat
awal.
·
penyerang -
pemain-pemain yang berperanan menjaringkan gol.
Kedudukan-kedudukan
ini selanjutnya dibezakan oleh bahagian mana pemain banyak menghabiskan masa.
Sebagai contoh, terdapat pertahanan tengah dan pemain tengah kiri.
Para pemain
mungkin menghabiskan kebanyakan masa dalam perlawanan dalam bahagian tertentu
di padang; bagaimanapun, mereka tidak dikekang oleh peraturan sukan dan boleh
berubah kedudukan pada bila-bila masa. Cara permainan ini juga boleh diguna
pakai oleh penjaga gol, yang biasanya menghabiskan kebanyakan masa perlawanan
berhampiran dengan gol tetapi boleh melibatkan diri dalam permainan berpasukan.
Perkara ini biasanya hanya berlaku pada tendangan percuma atau tendangan sudut
di akhir perlawanan itu.
Susun atur
para pemain di padang dipanggil sebagai formasi. Bagi menggambarkan satu
formasi, tiga nombor digunakan. Nombor pertama menentukan berapa banyak pemain
pertahanan digunakan, yang kedua ialah bilangan pemain tengah yang akan
digunakan dan yang ketiga ialah bilangan penyerang. Formasi yang terkenal dalam
bola sepak moden termasuklah 4-4-2, 4-3-3, 3-5-2, 3-4-3 dan 4-5-1.
Jurulatih
biasanya berperanan mengatur formasi dan taktik sesebuah pasukan.
Comments
Post a Comment